Kandungan dan penerimaan Infinity Science Fiction

Kulit hadapan isu Februari 1957, oleh Ed Emshwiller

Larry Shaw mengetahui bidang cereka sains dengan baik, dan pernah berkawan dengan ramai penulis terkemuka.[13] Jadi, beliau kadang kala memperoleh beberapa cerita menarik.[4] Isu pertama yang turut mengandungi cerita bertajuk "The Star" (Bintang) karya Arthur C. Clarke mengisahkan sebuah planet yang dihancurkan oleh satu nova (bintang yang meletup); cahaya daripada nova boleh dilihat dari Bumi sebagai Bintang Bethlehem. Suatu susulan oleh Betsy Curtis muncul dalam isu Jun 1956.[4][14] "The Star" yang memenangi Anugerah Hugo bagi kategori Cerita Pendek Terbaik untuk tahun itu,[4] pada asalnya diserahkan kepada akhbar The Observer untuk peraduan cerita pendek, tetapi tidak memenangi sebarang hadiah.[14] Karya tersebut juga ditolak oleh beberapa pasaran di Amerika Syarikat sebelum Shaw membelinya; Clarke merakamkan bahawa majalah The Saturday Evening Post turut menolaknya dengan alasan bahawa karya itu bersifat "menghina agama".[15]

Jualan cereka sains pertama Harlan Ellison, "Glowworm" (Kelemayar), muncul dalam isu kedua,[16] dan Shaw berupaya untuk menerbitkan banyak karya awal oleh Robert Silverberg.[9] Cerita-cerita terkemuka termasuklah "Dio" oleh Damon Knight[9] dan "Who Can Replace a Man?" (Siapakah yang Boleh Menggantikan Manusia?) oleh Brian Aldiss.[17] Shaw juga berupaya memperoleh bahan-bahan daripada pengarang-pengarang terkenal seperti Isaac Asimov, Robert Sheckley, Lester del Rey, Algis Budrys dan Jack Vance. Menurut sejarawan cereka sains Joseph Marchesani, dalam kebanyakan kes, cerita-cerita ini bukanlah karya terbaik para pengarang tersebut.[9] Shaw tidak gembira dengan dua isu terakhir, di mana Stein mengambil alih tugas-tugas lidah pengarang, dan Marchesani memberi komen bahawa mutu isu-isu itu adalah "sedikit sebanyak menyedihkan".[9]

Damon Knight menyediakan ruangan ulasan buku, [4] dan tawaran baik bahan dalam koleksi kritis beliau In Search of Wonder (Dalam Mencari Keajaiban) pada awalnya muncul dalam Infinity;[18] Knight meninggalkannya untuk menjadi penyunting bagi majalah If (Jika) pada tahun 1958 dan Silverberg mengambil alih tugas ulasan buku untuk tiga isu terakhir.[9] Shaw juga memasukkan suatu ruangan bertajuk "Fanfare" (Pesta Ria) sebagai tampilan tetap, di mana bahan yang dicetak semula adalah daripada karya peminat cereka sains.[9] Karya seni untuk kulit hadapan isu pertama disediakan oleh Robert Engle, tetapi kesemua kulit-kulit hadapan yang lain dicetak oleh Ed Emshwiller.[19][20]

Halaman judul bagi antologi pertama, Infinity One (Saujana Pertama) dikatakan sebagai "sebuah majalah cereka spekulatif dalam bentuk buku", tetapi ia tidak memasukkan bahagian atau ruangan ulasan bukan cereka yang muncul dalam kebanyakan majalah atau cetakan, melainkan cereka dan beberapa bahan pengenalan ringkas.[12] Infinity Onemencetak semula karya Clarke, "The Star" (Bintang), tetapi itu adalah satu-satunya cetakan semula yang Hoskins gunakan dalam siri itu.[11] Jilid yang sama memasukkan cerita pertama George Zebrowski, "The Water Sculptor of Station 233" (Pengukir Air di Stesen 233).[12] Silverberg dan Barry Malzberg mempunyai cerita-cerita dalam setiap lima jilid pertama, dan penyumbang-penyumbang lain termasuklah nama-nama terkemuka seperti Poul Anderson, Gordon R. Dickson dan Clifford D. Simak, bersama dengan penulis baru seperti Ed Bryant dan Dean R. Koontz.[11]

Penilaian-penilaian terhadap Infinity oleh para sejarawan cereka sains adalah pelbagai. Mike Ashley menerangkan majalah itu "pada dasarnya suatu majalah pengembaraan yang bertujuan untuk pembaca muda",[21] dan Marchesani menggelarkan Shaw "seorang penyunting eselon pertengahan".[9] Malcolm Edwards menganggapnya "salah satu yang paling menarik dalam kebanjiran majalah SF pada awal dan pertengahan 1950-an".[18] Menurut pendapat Edwards, ia manjadi "salah satu majalah SF yang utama pada zamannya".[13] David Kyle menerangkannya sebagai "luar biasa", manakala penulis dan pengkritik Algis Budrys mengatakan Infinity adalah "majalah Larry Shaw dengan hayat yang pendek tetapi abadi".[22] Edwards turut menilai siri-siri antologi Infinity sebagai "kompeten tetapi tidak cemerlang".[23]